Melanjutkan Pengajian Di Institut Pendidikan MARA (IPMA)




Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Artikel pada kali ini adalah kesinambungan dari artikel "Pinjaman Pendidikan MARA" yang pernah saya kongsikan dahulu mengenai Institut Pendidikan MARA atau lebih dikenali sebagai IPMA. Artikel terdahulu lebih kepada memperkenalkan IPMA secara umum, namun pada kali ini lebih memfokuskan kepada bidang rekaan grafik yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA (IPMA) berkenaan.

Selain dari memilih IPTA dan IPTS yang ada menawarkan bidang rekaan grafik, para pelajar juga boleh memilih institusi di bawah selian Majlis Amanah Rakyat atau MARA sebagai pilihan utama untuk menyambung pengajian dalam bidang rekaan grafik. Pastinya terdapat keistimewaan apabila menyambung pengajian di Institut Pendidikan MARA. 

Baiklah, berikut adalah senarai kolej-kolej di bawah IPMA yang menawarkan bidang rekaan grafik yang boleh anda pilih. Antaranya:


# 01 KOLEJ PROFESSIONAL MARA



Menawarkan Program:

  1. Diploma In Creative Digital Media Production selama 2 1/2 Tahun. Di Kolej Professional MARA Indera Mahkota, Pahang Darul Makmur


# 02 KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)




Menawarkan Program:

  1. Diploma Rekabentuk Media Digital di Kolej Kemahiran Tinggi Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. 

# 03 INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)



Menawarkan Program: Kluster Seni & Rekabentuk
  1. Sijil Rekabentuk Grafik di Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah Darul Aman. 
  2. Diploma Teknologi Rekabentuk Media Digital di Institut Kemahiran Mara Alor Setar, Kedah Darul Aman. 



# 04 KOLEJ POLYTECH MARA (KPTM)






Menawarkan Program:
  1. Diploma in Computer Graphic Design di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat, Johor Darul Takzim. 
  2. Diploma in Multimedia di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Perak Darul Ridzuan. 



# 05 GIAT MARA






Menawarkan Program: Kluster Percetakkan

  1. Sijil Kemahiran Malaysia Desktop Publishing Artist di Selangor Darul Ehsan.


Sehingga ke artikel ini ditulis, hanya terdapat 05 institusi dibawah IPMA yang menawarkan program dalam bidang rekaan grafik. Anda yang berminat untuk memohon, boleh melayari laman web Unit Pusat Institusi MARA untuk maklumat lanjut.

Sekian.
Powered by Blogger.